Projek Motivasi Kindness di SMK Senawang

Posted on Posted in Uncategorized

Pada 18 Februari 2017, seramai 40 orang sukarelawan telah menyertai Projek Motivasi Kindness di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang, Negeri Sembilan. Projek ini menglibatkan hampir 100 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 2 dan 4. SMK Senawang merupakan sekolah pertama terpilih dalam melaksanakan Kindness School di peringkat sekolah menengah. Pelbagai aktiviti kebaikan telah dikongsi bersama para pelajar dan sukarelawan.

Projek Motivasi Kindness merupakan fasa pertama dalam melaksanakan Kindness School. Kindness School merupakan sebuah projek yang fokus dalam menyebarkan kebaikan secara menyeluruh di peringkat sekolah. Objektif utama Projek Motivasi Kindness adalah untuk menyemai dan menghidupkan suasana kebaikan di peringkat sekolah dan seterusnya membasmi masalah di sekolah seperti meningkatkan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah dan meminimakan peratusan kes buli dalam kalangan pelajar.

Pelajar-pelajar berkumpul sebelum program bermula

Dewan SMK Senawang
Fasilitator bantu mengumpulkan kata-kata positif untuk Kindness Jar guru-guru

Persiapan telah dilakukan sebulan sebelum projek diadakan, perbincangan dengan pengetua dan guru-guru di SMK Senawang telah diadakan bagi memudahkan perancangan aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk di ketengahkan bersama-sama pelajar. Modul-modul yang sesuai dan mudah difahami di pilih sebagai salah satu pendekatan bagi menarik minat pelajar untuk mengenali Kindness dengan lebih mendalam.
Program bermula dengan pendaftaran seawal 8 pagi di pintu masuk dewan SMK Senawang. Kehadiran pelajar-pelajar yang semangat untuk menyertai program yang julung kali diadakan ini. Keceriaan para pelajar menjadikan para sukarelawan yang juga merupakan fasilitator turut bersemangat untuk berkongsi pengalaman bersama pelajar-pelajar mengenai Kindness Malaysia. Sebelum majlis perasmian bermula, saya, Pengarah projek merangkap pengerusi majlis telah berkongsi dengan pelajar mengenai Kindness Jar. Kindness Jar merupakan salah satu terapi bagi membantu menangani tekanan. Perkataan-perkataan positif yang boleh menukar emosi kepada yang lebih baik ditulis oleh orang disekeliling kita. Modul Kindness Jar di SMK Senawang di ketengahkan untuk para pelajar dan guru-guru. 

Kindness Jar merupakan terapi emosi
Kindness jar untuk guru-guru

Majlis Perasmian bermula pada jam 9 pagi, dengan bacaan doa, ucapan alu-aluan dan pengenalan daripada Pengasas Kindness Malaysia dan Pengetua SMK Senawang. Projek Motivasi Kindness telah dirasmikan oleh Datuk Nor Adnan bin Zainal, Director MyEG Berhad merangkap Penasihat Kindness Malaysia. Selesai majlis perasmian, aktiviti seterusnya ialah forum ‘Inspirasi Kebaikan’ yang dikongsi oleh para sukarelawan yang terpilih. Tiga orang panel dan seorang moderator telah berkongsi pengalaman dalam menyertai Kindness Malaysia dan berkongsi kelebihan dalam melakukan kebaikan. Pelbagai ilmu untuk para pelajar yang boleh digunakan dalam melakukan kebaikan dan menyebarkan nilai-nilai kebaikan. Selesai forum program berehat sebentar sebelum sambung untuk latihan dalam kumpulan (LDK 1).

Perasami dan barisan VIP

Ucapan Pengasas Kindness Malaysia

Barisan ahli panel forum ‘Inspirasi Kebaikan’

LDK 1 mengetengahkan dua modul. Modul yang pertama ialah kajian kes. Para pelajar diberikan kajian kes satu situasi dan dikehendaki untuk menyelesaikan masalah tersebut. Penyelesaian masalah ini bergantung kepada kebijaksanaan pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan cara kebaikan atau sebaliknya. Modul ini juga untuk menguji kefahaman dan daya pemikiran kearah kebaikan. Selesai modul 1, aktiviti latihan dalam kumpulan diteruskan dengan modul dua iaitu stone painting. Melukis kata-kata positif pada batu sungai dengan lakaran yang kreatif. Hasil lukisan akan diletak di tepi – tepi jalan sekitar sekolah bagi memberi semangat kepada sesiapa yang melalui kawasan tersebut. Unsur positif yang dilakarkan pada batu tersebut dapat mengembalikan semangat dan mengurangkan tekanan kepada pembaca.

Latihan dalam kumpulan perbincangan setiap modul

Perkongsian bersama pelajar setiap kumpulan

Stone painting perkataan positif

kata-kata yang boleh memberi semangat

Hasil lakaran stone painting 

Selesai makan tengah hari dan solat Zuhur, aktiviti diteruskan dengan kindness jar, pada kali ini kindness jar untuk para pelajar dan fasilitator. Tiga kumpulan digabung bagi mendapatkan jumlah yang banyak kata-kata positif mengenai diri sendiri dalam kindness jar. Fasilitator turut menerima kertas-kertas yang ditulis kata-kata positif daripada pelajar-pelajar untuk diisi dalam kindness jar fasilitator. Seterusnya LDK 2 diteruskan dengan modul 3 iaitu Aktiviti kebaikan yang boleh dilakukan di lokasi terpilih. Setiap kumpulan akan mendapat satu lokasi yang berlainan untuk dibincang aktiviti kebaikan yang bersesuaian untuk dilakukan dikawasan tersebut. Antara lokasi-lokasinya ialah hospital, stesen bas, kedai makan dan pasar malam. Idea-idea kebaikan yang kreatif akan dibentang oleh para pelajar semasa sesi pembentangan pada sebelah petang.

Kindness Jar untuk fasilitator
Kindness Jar dalam kalangan pelajar

Cabutan undi lokasi terpilih untuk aktiviti kebaikan

Fasilitator membantu pelajar-pelajar dalam menjana idea

Selesai perbincangan, semua pelajar berkumpul untuk sesi perbentangan. Perbentangan ini akan dibentangkan kepada semua pelajar yang menyertai Projek Motivasi Kindness, guru-guru yang hadir, fasilitator dan wakil PIBG sekolah. Setiap wakil kumpulan akan membentangkan idea masing-masing dan akan di beri komen cadangan atau penambahbaikan oleh guru-guru dan wakil PIBG sekolah. Objektif perlaksanaan aktiviti ini adalah untuk mencungkil idea-idea yang kreatif dan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kebaikan. Aktiviti kebaikan ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, malahan dapat dijadikan inspirasi kepada orang lain yang melihatnya. Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terfikir untuk melakukan kebaikan tersebut, tetapi dengan perbincangan dapat membuka minda kita untuk melakukan kebaikan dimana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan waktu.

Persediaan perbentangan

Perbentangan salah sebuah kumpulan

Kebaikan yang boleh dilakukan di shopping complex

Majlis penutup diteruskan selesai sahaja sesi pembentangan. Ucapan penutup diberikan oleh YDP PIBG sekolah, En Marzuki bin Abdul Manaf dan Pengetua SMK Senawang yang menyokong aktiviti kebaikan yang perlu diterap dalam diri setiap pelajar. Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan bagi menghargai kehadiran dan kerjasama yang diberikan oleh para pelajar yang terlibat. Pihak sekolah turut memberikan penghargaan kepada pihak Kindness Malaysia kerana melaksanakan Projek Motivasi Kindness ini dengan jayanya. Pihak Kindness Malaysia juga tidak melepaskan peluang menyampaikan penghargaan tanda terima kasih kepada pihak sekolah atas memberi kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu kebaikan dengan para pelajar.

Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan

Penghargaan daripada pihak sekolah kepada Kindness Malaysia

Penghargaan daripada pihak Kindness Malaysia kepada SMK Senawang

Majlis selesai pada jam 6 petang. semua yang terlibat membantu mengemaskan dewan sebagai titik permulaan menyemai benih kebaikan dalam diri. Semoga perkongsian pengalaman bersama-sama pelajar sepanjang Projek Motivasi Kindness dapat memberi iktibar dan tauladan kepada pelajar-pelajar SMK Senawang. Kebaikan perlulah dididik dan disemai sejak di bangku sekolah lagi. Kebaikan juga perlulah bermula dari rumah dan tersebar ke seluruh dunia. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Projek Motivasi Kindness terutama pihak SMK Senawang, para sukarelawan Kindness Malaysia dan juga penaja yang budiman. Semoga Kindness School dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah lain agar dapat membentuk jati diri pelajar kearah kebaikan.

Fatin Amira Nabila binti Tauran
Pengarah Projek Motivasi Kindness
Kindness Malaysia