From the Blog

Projek Minyak Hitam Berlangsung Dengan Jayanya

Projek Minyak Hitam sekali lagi dilangsungkan di Masjid Amru Al As anjuran Kindness Malaysia dan Masjid Amru Al As yang dikhususkan untuk jemaah Subuh yang berjemaah di masjid. Iklan diletakkan pada skrin masjid seawal jam seminggu. Bakal ada hadiah untuk jemaah Subuh di masjid, tetapi tidak dimaklumkan hadiah apa. Iklan itu berlegar sahaja dalam loop skrin itu.

iklan di skrin tv masjid
kupon Projek Minyak Hitam

Pada Hari Ahad 17 Februari 2019, selesai sahaja solat Subuh berjemaah, imam umumkan untuk ambil kupon minyak hitam bagi semua jemaah yang menunggang motorsikal. Setiap motor dapat menukar minyak hitam dan juga menukar plug secara percuma.
Jemaah Subuh mula bawa motor diperkarangan masjid untuk ditukar minyak hitam selepas selesainya kuliah Subuh. Sementara menunggu, masing-masing berborak dan maklumbalas mereka gembira dengan inisiatif yang dijalankan.

minyak hitam yang original sahaja dipilih untuk Projek Minyak Hitam

Jemaah masjid bersiap sedia untuk tukar minyak hitam

pomen yang turut jadi sukarelawan untuk bantu tukar minyak hitam

pendaftaran sebelum bermulanya Projek Minyak Hitam

anak-anak muda yang berjemaah Subuh di Masjid Amru Al As
“Kita nak ajak orang ke masjid, perlu kreatif. Mula-mula rasa terpaksa, lambat laun insyaAllah masjid lekat di hati.” Kata Ustaz Reza yang juga bilal rakyat di masjid ini.
Perancangan di masa akan datang lebih banyak aktiviti akan dijalankan bagi mengimarahkan fungsi masjid sebagai pusat komuniti setempat. Inisiatif Kindness Malaysia akan tampil dengan lebih banyak aktviti kreatif sejajar dengan misi untuk sebar dan beri inspirasi kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

Projek Minyak Hitam dalam Harian Metro 21 Feb 2019

Dari pihak Kindness Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja yang baik hati kerana menyumbang dalam misi kebaikan kali ini. Semoga Allah berkati semua yang terlibat. Laporan dalam Harian Metro di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia